Thursday, October 23, 2008

Salam Perkenalan

Allhamdullillah kerana hari saya telah dapat meluangkan masa untuk melancarkan blog saya. Paerkara-perkara yang akan di lontarkan di blog ini adalah perkara-perkara atau isu-isu yahg berkaitan dengan fitrah alam termasuklah kejadian semulajadi alam ini, bencana alam, kehidupan yang ada di alam ini dan sebagainya.

Sedar atau tidak kita mungkin tidak percaya bahawa banyak perkara yang terdapat atau terjadi di alam ini tidak kita fahami atau ketahui mengapa dan bagaimana ia berlaku atau wujud. Walaupun kita melihat perkara-perkara yang berlaku saban hari di sekeliling kita, namun kita sendiri mungkin tidak faham kenapa dan mengapa ia berlaku. Banyak ulasan-ulasan dan perdapat yang disuarakan oleh cerdik pandai bila berlaku sesuatu kejadian atau malapetaka tetapi semua itu hanya sebagai memenuhi kehendak nurani masyarakat sekeliling sahaja.